Wednesday, June 01, 2011

Perbarisan Penghargaan Ketua Pengarah Pasukan Simpanan (28 -31 Mei 2011)







video daftar keluar Asisten Panglima


Pada 31 mei 2011 telah berlangsung Perbarisan Penghargaan bagi menghargai Ketua Pengarah Pasukan Simpanan, Brigedier Jeneral Dato' Fazlurrahman bin Mohammad Irfan yang mula menjawat jawatan sebagai Asisten Panglima Pasukan Simpanan  pada 13 Feb 2008 dan bersara pada 31 Mei 2011 pada hari tersebut.

Tidak semua Rejimen Askar Wataniah di jemput untuk menyertai perbarisan ini. Rejimen 508 AW adalah antara Rejimen Askar Wataniah yang terpilih untuk menyertai perbarisan ini selain Rejimen 512 AW dan Rejimen 515 AW yang juga turut menyertai perbarisan ini.

Salah seorang anggota Batalion 1 Rejimen 508 AW yang terpilih untuk menyertai perbarisan ini ialah 6200013 Parajurit Muda Hadi Amrullah yang juga merupakan ahli Kelab Askar Wataniah Politeknik Port Dickson. Beliau merupakan satu-satunya wakil pelajar Politeknik Port Dickson yang mengambil bahagian dalam Perbarisan Penghargaan Ketua Pengarah Pasukan Simpanan ini.

Majlis penghargaan yang diadakan pada pagi 31 mei itu telah berlangsung di Markas Rejimen 515 Askar Wataniah. Pegawai dan angggota dari ketiga-tiga Rejimen Askar Wataniah yang mengambil bahagian dalam perbarisan ini telah mengenakan pakai nombor tiga yang merupakan pakai kawad.

Persiapan bagi perbarisan ini telah diadakan pada 28 hingga 30 mei 2011. Pada 3 hari tersebut telah diadakan raptai perbarisan secara berturut-turut.

syukur kepada ALLAH (S.W.T), majlis yang dirancang dengan rapi ini telah berjaya dilaksanankan dengan jayanya atas kerjasama pelbagai pihak. Selain perbarisan, jamuan penghargaan dan acara daftar keluar (sign out) juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi itu.


gambar acara Daftar Keluar




sesi bergambar pegawai Askar Wataniah yang terlibat dalam perbarisan

Monday, May 02, 2011

Kegiatan Kelab AW PPD Sepanjang Sesi Disember 2010


SENARAI KEGIATAN YANG TELAH DILAKSANAKAN
sepanjang sesi Disember 2010

BIL.
KEGIATAN
TEMPAT
MASA
1.
Mesyaurat Agong Pemilihan AJK
Bilik Kuliah B 11, PPD
14 Disember 2010
2.
 Hari Pendaftaran Ahli Kelab AW PPD
Dewan Kuliah 5, PPD
23 Disember 2010
3.
Pendaftaran Kelab Dan Persatuan JPP
Blok Akedemik B 23, PPD
5 Januari 2011
4
Gotong-Royong Pindah Barang Lt. M Hamrin (penasihat kelab)
Rumah Waden PPD -> Melaka
20 Januari 2011
5.
Kem Oreintasi Kelab AW PPD
D’Kok Eco Camp, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
11, 12 & 13 Febuari 2011
6.
Niaga @ SuKam
Padang Bola Sepak PPD
19 Febuari 2011
7.
Minggu Mengisi Borang Nombor Tentera
Blok Akedemik B 11, PPD
28 Febuari & 3 Mac 2011
8.
Kawalan Kehormat di konvokesyen Politeknik Port Dickson ke-20
Lobi Politeknik Port Dickson
8, 9, 10, & 11 Mac 2011
9.
BBQ sempenan Konvokesyen
Pantai Poli, Port Dickson
11 Mac 2011
10.
Sukan Kelab AW PPD
Gelanggang bola tampar PPD
28 & 31 Mac 2011
11.
Ekspidisi Menawan Gunung Bujang Melaka
Gunung Bujang Melaka, Perak
1, 2 & 3 April 2011
12.
Jamuan Akhir Semester
Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting, Melaka
8 & 9 April 2011
13.
Pembantu Teknikal Padang di Kejohanan Sofbol Politeknik Kebangsaan ke-6
Politeknik Port Dickson
9 - 16 Mei 2011
14.
Latihan mingguan Kelab
Perkarangan Politeknik Port Dickson
setiap isnin & khamis, 17:30 – 18:30




*Maklumat : tidak semua kegiatan anjuran kelab laporannya dibuat secara bertulis dengan mengirimkan (post) di dalam blog ini. Ini disebabkan oleh kekurangan bahan paparan dan lain-lain kesulitan.

Monday, April 11, 2011

Jamuan Akhir Makan Malam Kelab Askar Wataniah Politeknik Port Dickson

Tarikh & Tempoh Perlaksanaan:
8 hingga 9 April 2011
2 Hari 1 Malam

Tempat:
Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting, Melaka.

Penasihat Program:
1) Leftenan Muda Hamrin b. Hj Abu Hasan
2) Leftenan Muda Mohd Firdaus b. Kamaruddin

Pengarah Program:
Nor Naquiah bt Halim


Timbalan Pengarah Program:Mohd Rikwan b. Matamen
 Mohd Zaifitri b. Mat Zaid

Jawatankuasa Kerja:
Setiausaha: Jaslin bt Mohd Basri
Naib Setiausaha: Daniel Nurhakim b Mohd Khairul
Bendahari: Burhanuddin b. Yalid
AJK Latihan & Disiplin: Mohd Rikwan b Matamen
AJK Kesihatan: Muhd Nur Issyifa b Ismail
AJK Kerohanian: Ahmad Amir Waliuddin b. Sazali
AJK Logistik: Mohammad Hazaly b Abdul Malek
AJK Kulinari: Muhammad Haiqaludden b. Anuar

Aktiviti:
Hari pertama- 08/04/2011 ( Jumaat )
·         Peserta diminta berkumpul di Dewan Wawasan pada jam 3 petang. Selepas menunggu semua peserta tiba, kira-kira 15 minit selepas itu, bas pun memulakan perjalanannya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk tiba di Ismah Beach Resort. Kami tiba di resort tersebut  lebih kurang jam 1630 dan telah disambut mesra oleh pihak resort tersebut. Taklimat tentang fasiliti telah diberikan oleh pengurus resort itu sendiri. Selepas itu, kami solat asar dan terus makan tengahari yang disediakan oleh pihak resort.
·         Selepas itu kami membuat persiapan di dewan makan dan mendirikan khemah kerana pakej kami bukanlah dengan chalet.
·         Jamuan makan malam mula pada jam 2100 dengan ketibaan Encik Hamrin, Encik Mazlan dan Encik Zaidi dan disambut oleh AJK kami.
·         Majlis diserikan lagi dengan pengerusi majlis yang pandai menguruskan majlis dengan jayanya.
·         Majlis jamuan makan malam itu berakhir lebih kurang jam 2300.
·         Setelah itu, peserta dibenarkan membuat pentadbiran sendiri.

Hari Kedua – 09/04/2011 ( Sabtu )
·         0630 kami dikejutkan untuk solat subuh berjemaah. Selepas itu peserta boleh membuat pentadbiran sendiri.
·         Jam 0800 kami bersarapan dan mengemaskan pakaian dan tempat tinggal.
·         Jam 1030 kami diberi peluang untuk melawat tempat penyu menetaskan telur dan melihat sendiri sepsis-spesis penyu di pusat penternakan penyu, sekitar Ismah Resort.
·         Jam 1200 bas tiba dan kami bergerak untuk pulang ke politeknik.