Sunday, January 30, 2011

Laman Sesawang Kelab AW PPD



Lebih kurang pada jam 0038, 30 Januari 2011, peneraju Kelab Askar Wataniah Politeknik Port Dickson (AW PPD) telah membangunkan  blog khas buat kelab AW PPD. Pada abad ini, blog seperti ini diperlukan untuk meneruskan kelastarian dan kelangsungan Kelab AW PPD selain menjalankan kegiatan promosi untuk kelab AW PPD dan menjadi medium hebahan maklumat berkenaan Kelab AW PPD. Dengan adanya Blog ini yang berfungsi sebagai laman sesawang dapat memperkenalkan lagi Kelab AW PPD seperti mana ungkapan pengarah Politeknik Port Dickson, Mejar (K) Haji Mohd Kharir Bin Mohd Ibrahim yang berucap sewaktu Majlis Jamuan Akhir Semester Sesi Jun 2010 yang mengungkapkan kata-kata bahawa sememangnya kelab Askar Wataniah PPD adalah sebuah kelab yang berlainan berbanding kelab-kelab yang sedia ada di Politeknik Port Dickson.

Buah fikiran pembinaan blog ini adalah sebagai perancangan jangka panjang oleh AJK Kelab AW PPD, yang ingin bersama-sama Politeknik membuat perubahan dan melakukan lonjakkan paradigma. Sememangnya penggunaan ICT  pada masa kini tidak dapat dinafikan dan diketepikan.

Diharap dengan terbinanya laman ini, ia menjadi satu titik permulaan bagi Kelab AW PPD untuk terus kehadapan dan melakukan perubahan-perubahan positif ke arah kegemilangan Kelab AW PPD khasnya dan Politeknik Port Dickson dan Rejimen Askar Wataniah amnya.