Sunday, February 20, 2011

Niaga @ SUKAM

 
RINGKASAN PROGRAM

Pada hari sabtu bertarikh 19 Febuari 2011 telah diadakan program Sukan Kamsis atau lebih dikenali sebagai SUKAM yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) Politeknik Port Dickson. Atas jemputan Biro sukan JPK, Kelab AW PPD telah dijemput untuk berniaga sewaktu SUKAM dilangsungkan. Atas semangat ukhwah antara Kelab AW PPD dan JPK, Kelab AW PPD telah bersetuju dengan tawaran Ketua Biro Sukan JPK, saudari Aziz untuk membuka gerai.

Cara Pembelian Dan Penyediaan Barangan Jualan
Kebanyakan barangan niaga seperti wedges, Nuigget, minyak masak dan lain-lain lagi dibeli di Pasaraya Giant. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program telah membuat persediaan seperti pergi membeli barangan niaga seawal petang jumaat sekitar jam 1500. Selain pergi membeli barangan niaga bagi program Niaga di SUKAM, mereka juga turut pergi membeli barangan bagi aset Kelab AW PPD. Antara AJK kelab yang terlibat pergi membeli barangan ialah Jaslin, Danial Nurhakim, Burhanuddin, dan Hadi.
Barangan niaga Nasi Lemak dibeli daripada pengusaha gerai di Taman Intan Perdana dengan nilai pembelian RM0.80 seunit dan dijual semula oleh Kelab AW PPD pada harga RM1.00 seunit. Sebanyak 70 bungkus nasi lemak telah dibeli.
Barangan niaga yang bergoreng telah digoreng di rumah sewa saudara Wan Azeri selaku AJK penyediaan makanan dalam program ini dan beliau telah dibantu oleh saudara Danial Nurhakim sebagai pembantunya dalam proses memasak.


Perjalanan Program
Sekitar jam 0700, ahli kelab yang terlibat dengan program gerai di Sukan Kamsis (SUKAM) menyediakan tapak gerai di padang bola sepak Polteknik Port Dickson.
AJK yang terlibat dalam program ini telah dibantu oleh pelajar-pelajar DKA semester 3 yang merupakan kawan kelas kepada saudari Jaslin.
Selepas perasmian SUKAM oleh ketua Felo PPD, Ustaz Ramlee B. Saleh sekitar jam 0830, para peserta mula dilepaskan secara bebas dan gerai Kelab Askar Wataniah (Kelab AW PPD) mula dikunjungi para peserta SUKAM.
Sekitar Jam 1000, semua barang jualan gerai Kelab AW PPD sudah habis dijual. Antara yang dijual di gerai AW PPD ialah wedges, Nuigget, dan Nasi Lemak.









BELANJAWAN

Ringkasan Kewangan
Bil.
Perkara
Catatan
Jumlah
(RM)
1.
Peruntukan/Modal
Wang Akitiviti Pelajar (baki wang Program Oreintasi)
150.00
2.
Perbelanjaan
Pembelian barang niaga
127.47
3.
Keuntungan

12.00


Akaun Untung Rugi
PERKARA
RM
RM
jualan

139.47
(-)Perbelanjaan:
Dsnack wedges SPI 90
DS PT wedges CRY 900g
Giant Chic Nuigget (RM6.99 x 2unit)
Nfrills Chic Frank (RM4.99 x 2unit)
Giant Vegetable oil 2kg
Telly Mayonnaise 1 litter (RM8.29 x 2unit)
Jalen Sos Cili 2.3kg 
Sudu
Nasi Lemak (RM0.80 x 70)

7.89
7.89
13.89
9.98
6.25
16.58
6.99
2.00
56.00









127.47


289.47
UNTUNG BERSIH

12.00


Ahli Jawatankuasa/Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Yang Terlibat:
1.      Hadi Amrullah b. Mohd Jamari (Pengerusi/ Pengarah Program)
2.      Jaslin bt Mohd Basri (Setiausaha)
3.      Daniel Nurhakim b Mohd Khairul (Naib Setiausaha/ AJK Penyediaan Makanan)
4.      Burhanuddin B. Yalid (Bendahari/ AJK Kewangan)
5.      Wan Muhammad Azeri b.Wan Abdullah (AJK Multimedia/ AJk Penyediaan Makanan)

Tuesday, February 15, 2011

KEM OREiNTASI KELAB AW PPD (sesi disember 2010) : D'KoK Eco Camp

Klip Video