Wednesday, June 01, 2011

Perbarisan Penghargaan Ketua Pengarah Pasukan Simpanan (28 -31 Mei 2011)







video daftar keluar Asisten Panglima


Pada 31 mei 2011 telah berlangsung Perbarisan Penghargaan bagi menghargai Ketua Pengarah Pasukan Simpanan, Brigedier Jeneral Dato' Fazlurrahman bin Mohammad Irfan yang mula menjawat jawatan sebagai Asisten Panglima Pasukan Simpanan  pada 13 Feb 2008 dan bersara pada 31 Mei 2011 pada hari tersebut.

Tidak semua Rejimen Askar Wataniah di jemput untuk menyertai perbarisan ini. Rejimen 508 AW adalah antara Rejimen Askar Wataniah yang terpilih untuk menyertai perbarisan ini selain Rejimen 512 AW dan Rejimen 515 AW yang juga turut menyertai perbarisan ini.

Salah seorang anggota Batalion 1 Rejimen 508 AW yang terpilih untuk menyertai perbarisan ini ialah 6200013 Parajurit Muda Hadi Amrullah yang juga merupakan ahli Kelab Askar Wataniah Politeknik Port Dickson. Beliau merupakan satu-satunya wakil pelajar Politeknik Port Dickson yang mengambil bahagian dalam Perbarisan Penghargaan Ketua Pengarah Pasukan Simpanan ini.

Majlis penghargaan yang diadakan pada pagi 31 mei itu telah berlangsung di Markas Rejimen 515 Askar Wataniah. Pegawai dan angggota dari ketiga-tiga Rejimen Askar Wataniah yang mengambil bahagian dalam perbarisan ini telah mengenakan pakai nombor tiga yang merupakan pakai kawad.

Persiapan bagi perbarisan ini telah diadakan pada 28 hingga 30 mei 2011. Pada 3 hari tersebut telah diadakan raptai perbarisan secara berturut-turut.

syukur kepada ALLAH (S.W.T), majlis yang dirancang dengan rapi ini telah berjaya dilaksanankan dengan jayanya atas kerjasama pelbagai pihak. Selain perbarisan, jamuan penghargaan dan acara daftar keluar (sign out) juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi itu.


gambar acara Daftar Keluar




sesi bergambar pegawai Askar Wataniah yang terlibat dalam perbarisan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.