Monday, April 11, 2011

Jamuan Akhir Makan Malam Kelab Askar Wataniah Politeknik Port Dickson

Tarikh & Tempoh Perlaksanaan:
8 hingga 9 April 2011
2 Hari 1 Malam

Tempat:
Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting, Melaka.

Penasihat Program:
1) Leftenan Muda Hamrin b. Hj Abu Hasan
2) Leftenan Muda Mohd Firdaus b. Kamaruddin

Pengarah Program:
Nor Naquiah bt Halim


Timbalan Pengarah Program:Mohd Rikwan b. Matamen
 Mohd Zaifitri b. Mat Zaid

Jawatankuasa Kerja:
Setiausaha: Jaslin bt Mohd Basri
Naib Setiausaha: Daniel Nurhakim b Mohd Khairul
Bendahari: Burhanuddin b. Yalid
AJK Latihan & Disiplin: Mohd Rikwan b Matamen
AJK Kesihatan: Muhd Nur Issyifa b Ismail
AJK Kerohanian: Ahmad Amir Waliuddin b. Sazali
AJK Logistik: Mohammad Hazaly b Abdul Malek
AJK Kulinari: Muhammad Haiqaludden b. Anuar

Aktiviti:
Hari pertama- 08/04/2011 ( Jumaat )
·         Peserta diminta berkumpul di Dewan Wawasan pada jam 3 petang. Selepas menunggu semua peserta tiba, kira-kira 15 minit selepas itu, bas pun memulakan perjalanannya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk tiba di Ismah Beach Resort. Kami tiba di resort tersebut  lebih kurang jam 1630 dan telah disambut mesra oleh pihak resort tersebut. Taklimat tentang fasiliti telah diberikan oleh pengurus resort itu sendiri. Selepas itu, kami solat asar dan terus makan tengahari yang disediakan oleh pihak resort.
·         Selepas itu kami membuat persiapan di dewan makan dan mendirikan khemah kerana pakej kami bukanlah dengan chalet.
·         Jamuan makan malam mula pada jam 2100 dengan ketibaan Encik Hamrin, Encik Mazlan dan Encik Zaidi dan disambut oleh AJK kami.
·         Majlis diserikan lagi dengan pengerusi majlis yang pandai menguruskan majlis dengan jayanya.
·         Majlis jamuan makan malam itu berakhir lebih kurang jam 2300.
·         Setelah itu, peserta dibenarkan membuat pentadbiran sendiri.

Hari Kedua – 09/04/2011 ( Sabtu )
·         0630 kami dikejutkan untuk solat subuh berjemaah. Selepas itu peserta boleh membuat pentadbiran sendiri.
·         Jam 0800 kami bersarapan dan mengemaskan pakaian dan tempat tinggal.
·         Jam 1030 kami diberi peluang untuk melawat tempat penyu menetaskan telur dan melihat sendiri sepsis-spesis penyu di pusat penternakan penyu, sekitar Ismah Resort.
·         Jam 1200 bas tiba dan kami bergerak untuk pulang ke politeknik.


   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.