Tuesday, April 05, 2011

EKSPIDISI Menawan GUNUNG BUJANG MELAKA (1-3/4/2011)



RINGKASAN PERJALANAN PROGRAM


Hari pertama- 01/04/2011 ( Jumaat )

·         Pada jam 2100,peserta di minta berkumpul di hadapan dewan wawasan.
·         Setibanya pengarah program, kami diarah untuk berbaris bagi mengira kekuatan dan pembahagian barang-barang untuk mendaki.

·         Jam 2200, bas pun tiba. Selepas membaca doa yang dibacakan oleh Ahmad Amir Waliuddin selaku AJK Kerohanian, bas pun bertolak dengan harapan perjalanan itu diberkati dan program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan berjaya.


Hari kedua – 02/04/2011 ( Sabtu )

·         Kira-kira jam 0000, pemandu bas berhenti seketika di R&R Dengkil selama 1 jam.
·         Setelah itu kami meneruskan perjalanan yang masih panjang kira-kira 4 jam lagi.

·         Tepat jam 0330, bas sekali lagi berhenti di R&R Tapah. Kali ini, kami berhenti dan berehat sementara menunggu pemandu arah kami tiba kira-kira jam 0700.
·         Sementara berhenti di Tapah, pengarah program membuat penyusunan semula barang-barang yang dibawa.
·         Sekitar jam 0530, kami bersiap sedia meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Bujang Melaka. Kami bersolat subuh dan sarapan di R&R Tapah.

·         Sekitar jam 0700, bas pun bertolak menyambung perjalanan dengan dipandu arah oleh pemandu arah dengan menggunakan kereta Proton Wira mereka.

·         Pada jam 0900 kami diturunkan oleh pemandu bas berhampiran dengan Masjid yang kebiasaannya menjadi penanda arah bagi pendaki gunung Bujang Melaka mengetahui dimanakah letaknya kaki Gunung Bujang Melaka. Sebelum memulakan aktiviti, kami diminta bersiap dan memanaskan badan terlebih dahulu sementara pengarah program dan dua orang pemandu arah melapor di Balai Polis Kampar dengan menaiki kereta Proton Wira.

·         Setelah siap memanaskan badan, kami berjalan kaki ke arah kawsan air terjun yang merupakan kawasan kaki gunung Bujang Melaka.
·         Selepas 7 minit, dengan iringan doa bagi meminta keberkatan dari Ilahi, kami memulakan pendakian.  

Perjalanan yang mengambil masa 6-7 jam untuk sampai di tapak perhemahan berhampiran dengan pucak gunung itu sesungguhnya menguji kekuatan fizikal dan mental. Pada mulanya, pendakian agak santai kerana tanahnya yang masih landai. Kami melalui dusun durian milik orang asli. Salah seorang orang asli itu sempat berpesesan supaya jangan mandi di sungai jika hujan. Ini kerana khuatir dengan kepala air yang tidak disangka-sangka mungkin akan terjadi. 

·         Hampir 2 jam mendaki, kami berehat seketika memandangkan salah seorang dari peserta kekejangan di kaki. 15 minit kemudian kami meneruskan perjalanan yang semakin mencabar fizikal dan mental.

Laluan gunung semakin tinggi dengan kadar kecerunan antara 40 darjah hingga 85 darjah di pertengahan gunung dengan membawa kelengkapan perkemahan yang agak sarat dan berat. Di sepanjang perjalanan ini, kami kerap kali melintasi anak sungai dan denai air. Ada antara kami yang mengambil kesempatan menyapu air tersebut ke anggota badan bagi menyejukkan badan dan tidak kurang juga yang meminumnya bagi menghilangkan dahaga.

·         Setelah 3 jam mengharungi laluan yang mencabar, akhirnya kami tiba di tapak perkemahan Lebah.
·         Kelompok yang sampai awal di tapak perkhemahan Lebah dianggarkan tiba di situ kira-kira jam 1515 manakala kelompok yang akhir tiba kira-kira 1550.
·         kami bernasib baik kerana tapak perhemahan itu berhampiran dengan air sungai yang mengalir dengan sejuknya.
·         Oleh kerana ada kelompok yang sampai awal, maka pengarah program saudara Hadi membuat keputusan supaya semua barangan memasak dikeluarkan dan dikumpulkan di satu tempat bagi memudahkan kerja-kerja ajk kulinari menjalankan tugas memasak. Disamping itu, pengarah program juga mengarahkan para peserta kelompok awal mendirikan khemah dan membina tempat berteduh serta membuat persiapan memasak bagi AJK Kulinari.

·         Bagi makanan tengahari pada hari pertama di tapak perkhemahan, para peserta disajikan dengan makanan ikan tuna dan roti sandwich. Walaupun makanan yang dihidangkan hanya alakadar, namun cukup bagi mengisi perut yang sedang kelaparan. Makanan berat tidak dapat disajikan seperti nasi disebabkan kekangan waktu.

·         Selepas solat zohor dan asar secara qosor dan jamak, perjalanan mendaki pucak diteruskan atas cadang pelbagai pihak seperti pengiring (En. Fikri & En. Muthiman), para peserta dan pemandu arah maka kata putus telah dibuat oleh pengarah program untuk menuruskan pendakian ke pujak gunung.

·         Jam 1630 kami bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke puncak. Barang-barang keperluan ditinggalkan di tapak perkhemahan. 5 orang tidak dapat bersama untuk ke puncak antaranya ialah Zaifitri, Ekmal dan Abang Mat(pemandu arah) kerana terlalu letih dan kekejangan otot pada kaki manakala 2 orang lagi iaitu Haiqaludden yang secara sukarela menarik diri untuk ke pucak atas sebab rasa tanggungjawab untuk menyediakan makan malam dan Hadi yang menarik diri untuk ke puncak tanpa alasan.

·         Setelah mendaki selama lebih kurang 1 jam 40 minit, kami akhirnya tiba di puncak. Perjalanan untuk ke puncak agak mudah dan tidak seperti pertengahan pendakian ke tapak perkhemah  Lebah kerana tiada laluanya yang mudah dilalui dan kurang laluan yang curam. Pendaki hanya perlu melalui denai yang telah tersedia untuk dilalui.

·         Sebelum sampai di pucak Gunung Bujang Melaka pendaki telah mengharungi 3 puncak yang bukan pucak sebenar. Ini membuatkan para pendaki tertanya-tanya dimanakah pucak Gunung Bujang Melaka yang sebenar.

·         Setibanya di puncak peserta ekspidisi ini kurang bernasib baik kerana kami tidak dapat melihat pemandangan sekitar Kampar kerana kabus agak tebal. Dengan itu kami hanya  dapat bergambar bersama dan berehat sebentar sambil menikmati keindahan pucak gunung Bujang Melaka yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan gunung.

·         Jam 1815,waktu untuk turun ke tapak perkhemahan Lebah semula. Perjalanan turun ke tapak perkhemahan agak mencabar kerana hari semakin gelap. Dengan berbekalkan lampu suluh, kami mengatur langkah dengan berhati-hati dengan berbekalkan lampu suluh.

·         Pada waktu 1930 kami selamat tiba di tapak perkhemahan Lebah semula.
·         Setibanya di tapak perkhemahan, makan malam telah tersedia. Walaubagaimanapun, para peserta mengambil kesempatan membersihkan diri dahulu dan bersiap-siap untuk solat.
·         Selepas makan malam dan solat, tiada apa-apa aktiviti yang dibuat oleh kerana para peserta keletihan mendaki 6-8 jam pendakian.

·         Walaubagaimanapun, sentri/rondaan (sentry) tetap dilakukan secara bergilir-gilir, bermula dari jam 0000 hingga jam 0500. Pembahagian kumpulan sentri telah dilakukan oleh saudara Hazaly selaku AJK tugas-tugas Khas yang menyandang tugas dalam ekspidisi ini sebagai AJK keselamatan.

·         Bagi pengilapan peserta perempuan ditempatkan di dalam khemah, pengiring di dalam khemah, pemandu arah di dalam khemah yang dibawa sendiri oleh mereka dan peserta laki-laki menginap di bawah flysheet beralaskan kanves plastik secara beramai-ramai. Walaupun pengiring telah disediakan khemah namun, mereka turut serta tidur di bawah slysheet. Ini mengiratkan lagi hubungan pelajar dan pensyarah yang kebiasaannya jurangnya agak luas disebabkan status pensyarah adalah pendidik yang dihormati oleh pelajar.



Hari ketiga – 03/04/2011 ( Ahad )

·         Sekitar Jam 0600, AJK keselamatan, saudara Hazaly membangunkan peserta dari tidur.
·         Para peserta segera membersihkan diri dan bersiap sedia solat subuh secara berjemaah di pagi yang dingin.
·         AJK Kelinari, sibuk menyediakan sarapan di awal-awal pagi. Malah persiapan penyediaan telah pun dibuat pada malam harinya.
·         Selepas selesai bersarapan dan membersihkan diri, peserta mula mengemaskan tapak perkhemahan dan bersiap sedia untuk menuruni gunung. Sebelum turun, sesi bergambar telah diadakan bagi membawa pulang oleh-oleh berupa foto bagi dijadikan kenangan. 

tepat jam 0900, bermulalah perjalanan menuruni gunung. Perjalanan agak perlahan pada awalnya kerana cerunnya yang curam serta ditambahkan dengan  tanah yang masih lembab dan akar – akar pokok yang masih basah.
·         Setelah hampir 4 - 5 jam perjalanan menuruni gunung, akhirnya semua para peserta sampai di air terjun yang berhampiran dengan kaki gunung.
·         Sementara menunggu bas yang tiba jam 1400, kami diberi masa untuk mandi-manda di air terjun yang bernama Lata Berangkai. Air terjun ini sungguh menjanjikan kenangan yang indah dek kerana pemandangannya yang cantik dan airnya yang dalam. Hampir kesemua para peserta tidak melepaskan peluang untuk merasai kenikmatan air terjun tersebut yang dalam ditambahkan lagi dengan keindahan flora dan faunanya.
·         Ada para peserta yang telah terlebih awal sampai di air terjun tersebut menikmati durian hasil dusun orang asli. Untuk maklumat, kawasan berhampiran air terjun merupakan kawasan di mana peraih membeli hasil durian penduduk orang asli di sini.
·         Jam 1415, setelah bersiap, tiba lah pula masanya untuk pulang. Sebelum itu kami berehat di pekan Kampar untuk makan tengahari.
·         Setelah makan tengahari, bus singgah di Hospital Kampar bagi membolehkan 3 orang peserta yang mengalami kegatalan kulit mendapatkan rawatan. Walaubagaimanapun hanya 2 orang sahaja yang berani menerima suntikan iaitu Jaslin dan Hadi. Manakala Jamaluhair mengambil keputusan untuk tidak disuntik. Ketiga-tiga peserta diberikan ubat sebagai rawatan susulan.
·          Setelah itu, perjalanan diteruskan sehinggalah tiba di Politeknik Port Dickson pada jam 2000 dengan selamatnya.
·         Sebagai penamat aktiviti, kami makan malam beramai – ramai di salah sebuah Restoran di PoliMall.
·         Setelah makan malam, peserta pun bersurai.

Senarai Nama Peserta Yang Terlibat 
No.
Nama Peserta
1.                   
Hadi Amrullah b. Mohd Jamari
2.                   
Jaslin bt. Mohd Basri
3.                   
Daniel Nurhakim b. Mohd Khairul
4.                   
Muhammad Haiqaludden b. Anuar
5.                   
Wan Muhammad Azeri b.Wan Abdullah
6.                   
Mohammad Hazaly b. Abdul Malek
7.                   
Mohd Rikwan b. Matamen
8.                   
Muhd Hazim b. Hamdan
9.                   
Muhd Nur Issyifa b. Ismail
10.               
Noramalina bt. Jaafar
11.               
Nurshafika bt. Hairudin
12.               
Nurul Ekmal b. Ali
13.               
Burhanuddin b. Yalid
14.               
Ahmad Amir Waliuddin b. Sazali
15.               
Mohamad Izzudin b. Adnan
16.               
Mohd Zaifitri b. Mat Zaid
17.
Mohd Jamalulhair b Abdullah          (Bekas Pelajar Politeknik)
18.
Ahmad Farid Fahimi b Azhar           (BekasPelajar Politeknik)
19.
Encik Mohd Fikri b. Mohd Soffian  (Pensyarah Pengiring)
20.
Encik Mutiman b. Mat                      (Pensyarah Pengiring)

Jawatankuasa Kerja:
Pengarah Program : Hadi Amrullah b. Mohd Jamari
Setiausaha: Jaslin bt Mohd Basri    (KPA)
Naib Setiausaha: Daniel Nurhakim b Mohd Khairul   (KPA)
Bendahari & kewangan: Burhanuddin B. Yalid   (KPA)
AJKK Kesihatan & Perubatan: Muhd Nur Issyifa b Ismail   (KKD)
AJKK Kerohanian & Kecemasan: Ahmad Amir Waliuddin b. Sazali  (KAGAT)
AJKK Kuninari: Muhammad Haiqaludden b. Anuar  (KPD)
AJKK Disiplin, keselamatan & Pergerakan: Mohammad Hazaly b Abdul Malek  (RGK)
AJKK Multimedia & Jurugambar: Wan Muhammad Azeri b.Wan Abdullah (RSD)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.